Saturday, June 1, 2013

CASE STUDY ( Kes Buli )

KES BULI
Pengenalan

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.
Selain itu, gejala buli juga boleh didefenisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi awam semakin . “Banyak fektor mendorong kepada berlakunya gejala buli ini bah kata pepatah melayu Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”

Faktor-faktor berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar

Faktor kegagalan ibu bapa melakanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan akar tunjang kepada berlaku gejala negatif seperti ini.Pada masa moden ini,ibu bapa hanya mementingkan bidang profession dan kerjaya mereka yang bermotifkan hanya untuk mencari pendapatan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak.Ini menyebabkan seseorang anak itu kurang mendapat perhatian dan belaian kasih sayang daripada ibu bapa mereka.Anak juga tidak mengetahui perkara yang dilakukan oleh mereka adalah betul atau salah,baik atau buruk akibat tiada bimbingan ibu bapa sehingga menjejak kaki ke alam gejala sosial seperti gejala membuli.Tambahan pula belaian kasih sayang yang tidak cukup yang diterima daripada ibu bapa juga melahirkan anak yang bersikap agresif dan tidak perikemanusiaan sehingga mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya terhadap orang lain tanpa mempunyai rasa bertimbang rasa dan belas kasihan.
Selain daripada itu,kekurangan pengawasan dan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya gejala membuli ini.Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli tentang disiplin sekolah serta kelonggaran disiplin memberi peluang emas kepada para pelajar untuk mengambil kesempatan dalam melakukan gejala sosial seperti gejala membuli.Kelonggaran disiplin juga menyebabkan pelajar terutamanya pelajar lelaki menunjukkan keberanian mereka dan mengambil peluang untuk melakukan apa saja perkara secara bebas dan ini adalah disebabkan tiada pihak yang mengambil peduli sehingga membawa masalah –masalah yang tidak bermoral. Contohnya, kes buli yang berlaku baru-baru ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn dimana pelajar-pelajar disana membuli ketua kelas mereka. Mengikut kajian , kelonggaran disiplin di sekolah tersebut merupakan pemangkin utama gejala ini berlaku.
Kekurangan penghayatan nilai –nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja terlibat dalam gejala negatif seperti membuli ini.Ini adalah disebabkan,seseorang pelajar yang mempunyai nilai moral dan agama yang tinggi tidak mudah terpengaruh untuk melibatkan diri dalam gejala negatif. Tambahan pula,kekurangan penghayatan nilai moral dan agama juga membentuk remaja yang kurang berakhlak dan mereka tidak mengetahui perkara yang mereka lakukan adalah baik atau buruk sehingga terjebak ke alam yang kurang baik kerana mengikuti pengaruh rakan sebaya.Remaja yang kurang penghayatan nilai agama dan moral juga mudah mempengaruhi gerak geri rakan sebaya ,iklan dan sebagainya yang mencetuskan diri mereka untuk mencuba apa saja aktiviti .

Peranan Kerajaan dan NGO

                Untuk mengatasi masalah buli pada peringkat ini , Kementerian Pelajaran telah meminta para pelajar sentiasa berada dalam kumpulan. Hal ini akan menyukarkan pembuli untuk menjalankan aktiviti mereka. Disamping itu pelajar-pelajar juga dikehendaki menjauhkan diri daripada bergaul dengan murid yang berisiko tinggi dan kawasan berisiko tinggi. Untuk mempertahankan diri pula kementerian menyarankan agar para pelajar mempelajari seni mempertahankan diri supaya boleh melindungi diri mereka sendiri daripada dibuli dan yang lebih penting ialah pelajar itu sendiri mesti mempunyai kesedaran sama ada dirinya terlibat dengan kes buli atau tidak
                Selain itu, Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.Melalui pendidikan ini,para pelajar dapat kesedaran dan mempelajari kebaikan serta menjauhi gejala kurang baik.Kerajaan juga perlu bergabung dengan agensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala membuli.Melalui cara ini,remaja dapat mempelajari kesan sampingan yang diperolehi daripada melakukan gejala membuli dan berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang lain.Contohya kempen ANTI BULI yang dijalankan di pekan Marang telah mendapat sambutan mengalakkan dan lebih kurang 70% kes membuli dapat dikurangkan sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut dijalankan.

                Penubuhan kelab bersifat anti-jenayah sosial di sekolah merupakan antara modus operandi untuk menangani masalah jenayah dalam kalangan pelajar yang semakin berleluasa. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Antidadah (SLAD) merupakan antara kelab bersifat anti-jenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan remaja untuk sentiasa melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat anti-jenayah sosial didefinisikan sebagai pertubuhan yang mencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih parah. Hal ini bersesuaian dengan pepatah, “mencegah lebih baik daripada mengubat”.


Statistik

                Statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan terdapat 3627 kes jenayah yang membabitkan pelajar sekolah pada tahun 2003. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kes tersebut berumur di antara 7 hingga 18 tahun (Utusan Malaysia, 25 Mac 2004). Kebanyakan kes-kes jenayah tersebut bermula daripada tingkah laku buli. Pelajar yang bertingkah laku agresif buli cenderung untuk membentuk tingkah laku agresif ganas apabila dewasa kelak.

                Antara buli yang banyak berlaku di sekolah, 38% telah berlaku dalam bilik darjah, 35% berlaku di kantin sekolah, sementara 23% pula di tandas. 95% daripada 4,000 pelajar yang ditinjau mengaku pernah dibuli atau melihat kes buli yang berlaku di sekolah mereka (Gabungan Mencegah Kelakuan Buli Bagi Kanak-Kanak dan Belia, 2006).

                Dalam satu kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Noran Fauziah Yaakub, Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, ke atas 2600 orang pelajar dari 26 sekolah, beliau mendapati bahawa mereka yang dilaporkan terlibat dalam kegiatan membuli adalah tinggi. Secara keseluruhannya, menurut Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, bilangan kes terbabit masih berada di bawah paras 0.03 peratus sahaja. Walaupun jumlahnya kelihatan kecil jumlah ini perlu dibendung agar tidak menjadi semakin parah.Oleh yang demikian, adalah lebih baik kegiatan ini dibendung terlebih dahulu sebelum ia meningkat ketahap yang membimbangkan. Menurut Profesor Olweus dari Bergen Universiti Norway, beliau merupakan pelopor dalam kajian masalah buli di dunia; “mengatakan sekiranya kes buli berlaku dalam lingkungan 10 –15 peratus ia dianggap sebagai serius”.




Rajah 1 : Kadar jenayah buli di Malaysia dari tahun 2000 – 2007

Pandangan

                Pada pandangan saya, buli akan memberi kesan buruk terutamanya kepada individu yang terlibat dengan buli. Antara kesannya ialah mangsa akan hilang keyakinan diri, tekanan perasaan serta kecederaan jangka panjang dan jangka pendek. Selain itu kesan bagi pembuli pula ialah memupuk sikap gangsterisme dalam diri pembuli itu sendiri.Hal ini kerana buli merupakan fenomena kurang sihat yang memerlukan perhatian semua pihak. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini. Jika diteliti secara telus punca-punca berlakunya buli berlaku kerana sikap manusia itu sendiri yang kurang pegangan agama dan kasih sayang daripada ibu bapa.Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca isu ini sukar untuk diselesaikan.Pengaruh media massa serta amalan dan polisi sekolah yang longgar juga menjadi punca kenapa isu ini terus berleluasa.Masalah ini mungkin sukar dibendung sekiranya pelajar dan ibu bapa tidak bersedia menghulur tangan memberi bantuan kepada pihak sekolah. Gejala ini mesti segera di atasi hingga akar umbinya dengan apa cara sekalipun agar pelajar dapat menikmati suasana pembelajaran yang kondusif Jika tidak, gejala buli ini akan menjadi penghalang kepada kemajuan negara kerana institusi pendidikan sepatutnya menjadi tempat yang paling selamat untuk menimba ilmu dan mendidik anak-anak menjadi modal insan berguna kepada keluarga, bangsa dan negara.


Penutup

                Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa di persada dunia.





2 comments:

  1. assalammualaikum, saudari...
    saya berminat dengan kajian masalah buli yang saudari jalankan...saya berbesar hati sekiranya saudari dapat berhubung dengan saya dan kita berbincang mengenai gejala ini.. kerana saya dalam proses ingin menubuhkan satu badan ngo bagi menangani dan mendekati gejala buli terutama di kalangan pelajar sekolah.. gejala buli ini semakin berleluasa di kalangan remaja kita.. harap saudari dapat berkejasama dengan saya bagi menubuhkan ngo ini... bolehla saudari hubungi saya di apai_huda9394@ymail.com/ apai9394@gmail.com.. atau hubungi saya sendiri di talian 0133548464

    ReplyDelete
  2. salam..blh sy tahu bgaimana mahu mendapatkan data statistik kes buli seperti di atas yg latest?

    ReplyDelete