Assalamualaikum :)
Kelab Budi Penyayang telah mengadakan beberapa program yang bertujuan untuk mendekatkan diri kpd dunia-dunia luar serta lebih dekat kepada masyarakat dan sekaligus memupuk diri supaya jadi lebih penyayang :-)
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sem 2 ni ialah........
Aktiviti 1 : KEMPEN DERMA DARAH
Tempat : Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia , Kuala Lumpur
Flyers yang diedarkan untuk kempen derma darah
Mengisi borang sebelum menderma
Survey dilakukan oleh petugas
Jenis-jenis darah Alatan untuk melakukan proses
menderma darah
Penderma-penderma darah Siapa yg menderma akan mendapat
makanan & minuman percuma
Kempen ini diadakan dari pukul 8 pagi hingga 5 ptg. walaupun kami ada kelas pada waktu kempen ini diadakan, kami tetap berusaha untuk menjayakan kempen ini dengan kerjasama dari Hospital Kuala Lumpur. Kempen derma darah ini lebih banyak mendapat sambutan dari pelajar diploma memandangkan UTM KL majoritinya adalah dari pelajar diploma.
Saya tiada dalam gambar sebab saya takut dgn darah. hehehe :p
Aktiviti 2 : PROGRAM MELAWAT WARGA TUA
Tarikh : 30 Mac 2013
Tempat : Pusat Jagaan Warga Tua Ikhlas Bakti , Kajang
Di hadapan rumah Pusat Jagaan Warga Tua Ikhlas Bakti
Makanan yang disediakan untuk kami
Waktu makan
Saya bersama warga-warga tua disana
Kami bersama salah seorang dari warga tua disana
Untuk program ini, kami bekerjasama dgn pihak Hospital UTM KL. Mereka dtg utk melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap warga-warga tua disana kerana kami dimaklumkan, warga-warga tua disana kebanyakannya mengalami masalah kesihatan. Kami disana cuba untuk membantu apa yang perlu seperti mengukur body mass, dan berborak dgn mereka bagi menceriakan mereka. sedikit sebanyak dpt mengurangkan kerinduan mereka terhadap anak2 mereka yang menghantar mereka ke sini. Saya tak paham kenapa ada anak yang sanggup hantar mak ayah mereka dekat sini. Sebak hati saya bila melihat warga-warga tua disana yang merindukan anak-anak mereka setiap masa...
Aktiviti 3 : Program "A Thousand Signature for Stop Smoking"
Tarikh : 16 Mei 2013 – 22 Mei 2013
Tempat : UTM International Campus , Kediaman Siswa Jaya
Poster Kempen Berhenti Merokok
Di dalam kediaman Siswa Jaya
Hasil dari tandatangan orang ramai, kami berjaya mengumpul 1000 tandatangan :)
Kempen ini merupakan aktiviti terakhir kami untuk koq semester 2 ni. Untuk aktiviti ini, kami perlu mendapatkan 1000 tandatangan sebagai tanda sokongan untuk berhenti merokok. kami dibahagikan kepada 4 kumpulan , dan setiap kumpulan diagihkan tempat masing2 untuk mendapatkan tandatangan ini. Bagi kumpulan saya, kami perlu mendapatkan tandatangan di dalam kediaman siswa jaya. Alhamdulillah , ramai yang menyokong kempen berhenti merokok ini.
P/S : Akhir sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kpd lecturer ko-q kami iaitu En.Noraimi kerana telah memberi banyak tunjuk ajar sepanjang pengajian koq budi penyayang. En Noraimi sgt sporting dan best :) Terima kasih atas segala ilmu yang encik beri walaupun hanya untuk 1 sem. Semoga jumpa lagi & semoga kami semua dpt A untuk subjek ni. hehe :DD
No comments:
Post a Comment